Feelings
Monday, 26 March 2018
Assalamualaikum and hai.
Setelah sekian lama tak update blog, harini update juga. Itupun sebab tengah buat assignment dengan linenya slow ya ampun nak nangis je sis rasa. Sementara sis tunggu depa load, sis pun buka blog, and cuba untuk update sebab terasa la dah lama tak update blog ni.
Harini tajuk sis: FEELING. Tak tahu kenapa pilih tajuk ni sebab lately ni terasa perasaan bercampur baur. Kekadang rasa macam takde perasaan langsung. Entahlah, sis mampu biarkan sahaja. Lagi satu, ramai kawan kawan sis perasaan sis berpuitis dua tiga hari ni. Sis pun taktahu kenapa haih. Harapnya anda semua bersabar la dengan update kali ni.
Bayangkan, lately ni sis baca ada dalam 2 novel and perasaan tu tetiba je lain macam. Novel yang first tu, sis boleh macam "untungnya dia dapat lelaki macam tu. sanggup korbankan diri untuk dia". Bila fikir balik, apalah yang sis melalut ni. Yang second tu, boleh lak imagine kisah cinta dorang. Memang novel la tempat sis nak berimaginasi.
Sis asyik advice kawan kawan pasal cinta, crush and so on, tapi sis sendiri yang macam asal tak buat kat diri sendiri sedangkan kemain bagi advice kat orang lain. Seriously, every advice I gave them, all of them based on my experience. Kadang kadang, ada tau terfikir nak bercinta waktu belajar ni. Tapi, disebabkan tahun akhir, cuba juga mengelak daripada bercinta. Tapi, bila part 'crush' kat orang tu, hm, memang takleh kawal.
Agak-agak kalau bercinta sekarang gamak eh I still doing the things I did during my school days. Tak berjumpa and jumpa pun bila terserempak cenggitu. I'm the type malas nak jumpa kau buat hal kau, aku buat hal aku.
Okay, sis dah penat melalut kat sini. Kalau sis rajin, sis update lagi eh. Adios.
0 comments
Post a Comment